Bendera Uruguay

Bendera Uruguay

Bendera kebangsaan Uruguay (Bahasa Sepanyol: Pabellón Nacional) terdiri daripada sembilan jalur melintang biru dan putih. Ia mempunyai kanton segi empat tepat putih di sebelah kirinya, mengandungi suatu bentuk matahari bermuka manusia melambangkan Revolusi Bulan Mei, sebuah revolusi memerdekakan Argentina daripada Empayar Sepanyol yang mencetuskan gerakan-gerakan yang seumpamanya di Amerika Selatan. Bentuk "Matahari" ini pula mempunyai 16 pancaran sinaran.

Bendera ini telah direka oleh Joaquín Suárez, yang merupakan Presiden Uruguay ketujuh yang memerintah dari tahun 1781 hingga 1868. Ia digunakan secara rasminya oleh pada 16 Disember 1828 dengan reka bentuk yang agak berbeza iaitu 19 jalur. Bilangan jalur-jalur ini dikurangkan kepada sembilan jalur pada 11 Julai 1830, dengan setiap jalurnya mewakili 9 negeri yang asal.

Bendera sampingan

Uruguay turut mempunyai dua bendera rasmi lain atau "Bendera Tanah Air" (Banderas Patrias) yang digunakan sebagai "Lambang Nasional":

  • bendera Artigas - bendera yang direka José Gervasio Artigas iaitu seorang panglima dianggap pahlawan kebangsaan negara tersebut, di mana ia asalnya untuk suatu badan politik Liga Federal (jalur merah melintang melambangkan federalisme)
  • bendera Treinta y Tres (menurut suatu Perintah pada 18 Februari 1952) - bendera memperingati gerakan Treinta y Tres Orientales ("33 Orang Timur") yang memberontak menentang Empayar Brazil dengan slogan ia Libertad o Muerte ("Merdeka atau Mati").
  • Bendera Artigas
    Bendera Artigas
  • Bendera Treinta y Tres
    Bendera Treinta y Tres