Bibiano Zapirain
Zapirain pertama dari kanan | |||
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Bibiano Zapirain | ||
Tarikh lahir | (1919-12-02)2 Disember 1919 | ||
Tempat lahir | Tomas Gomensoro, Uruguay | ||
Tarikh kematian | 2 Disember 2000(2000-12-02) (umur 81) | ||
Tempat kematian | Bogotá, Colombia | ||
Posisi permainan | Penyerang | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1937 | Selezione di Artigas | ||
1939 | Bagé | ||
1940–1946 | Nacional | 58 | (18) |
1946–1948 | Internazionale | ||
1950 | Nacional | ||
1951–1952 | Cúcuta Deportivo | ||
1953 | Nacional | ||
1955–1956 | Cúcuta Deportivo | ||
Pasukan kebangsaan | |||
1942–1946 | Uruguay | 20 | (4) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Bibiano Zapirain (2 Disember 1919 – 2 Disember 2000) merupakan salah seorang pemain Uruguay.
Karier
Kelab
Beliau merupakan salah seorang daripada penyerang Uruguay yang terkenal pada zaman 1940-an, seorang pemain yang berdaya tahan tinggi serta licik. Beliau memulakan kariernye bersama kelab Columbus di tempat lahir beliau. Semasa beliau berumur 18 tahun, beliau telah mewakili kelab Artigas dalam kejohanan Coastal Tournament.
Pada tahun 1946, beliau berhijrah ke Itali dan mewakili kelab Internazionale yang pada ketika itu beliau diperkenalkan oleh kelab berkenaaan bersama-sama dengan beberapa pemain dari Amerika Selatan yang lain seperti Alberto Cerioni Elmo dan Bovio dari Argentina, Luis Volpi dan Pedemonti dari Uruguay. Beliau telah bermain sebanyak 58 perlawanan bersama kelab Inter, di mana beliau menjaringkan 18 gol. Pada tahun 1949, beliau kembali pulang ke Uruguay.
Pada tahun 1950, beliau menyertai kelab Nacional, sebuah kelab bola sepak di Uruguay. Bersama-sama dengan rakan sepasukannya iaitu Atilio García, Anibal Ciocca dan Luis Volpi, mereka merupakan sebahagian daripada kumpulan "Quinquenio" iaitu kumpulan yang terkenal dengan serangan balas paling berkesan di dalam bola sepak Uruguay.
Negara
Beliau juga pernah mewakili pasukan Uruguay dalam Copa América. Pada tahun 1942, beliau menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan akhir di antara Uruguay menentang pasukan Argentina yang menyaksikan beliau menjulang piala kejohanan buat kali pertama.
Pencapaian
- Kelab
- Primera División: 6
- 1940, 1941, 1942, 1943, 1950, 1952
- Pasukan kebangsaan
- Copa América: 1
Penampilan
Pasukan kebangsaan
Kejohanan | Tuan rumah | Keputusan | Penampilan (Gol) |
---|---|---|---|
Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1942 | Uruguay | Johan | 6 (3)[1] |
Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1945 | Chile | Tempat keempat | 4 (0)[2] |
Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1946 | Argentina | Tempat keempat | 4 (0)[3] |
Kelab
Kelab | Negara asal | Tempoh |
---|---|---|
Nacional | Uruguay | 1940—1946 |
Internazionale | Itali | 1946—1948 |
Nacional | Uruguay | 1949—1950 |
Cúcuta Deportivo | Colombia | 1951 |
Nacional | Uruguay | 1952 |
Rujukan
Pautan luar
- Ringkasan karier pemain di playerhistory.com
- (Inggeris) Profil Bibiano Zapirain di National-Football-Teams.com