Edry bin Abdul Halim

Edry KRU
Kelahiran
Edry bin Abdul Halim

(1976-04-28) 28 April 1976 (umur 48)
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Nama lainEdry KRU
PekerjaanPenyanyi, pelakon, penulis lirik, penerbit, komposer, penerbit rakaman, pengarah
PasanganMilia Mohammed (k. 1999)
Anak-anak4
Kerjaya muzik
GenrePop, R&B, Rock, Balada, Jazz, Pop rock, Elektro-pop
Tahun aktif1992–kini
Syarikat rakaman
EMI Music Malaysia
KRU Records
Pengkarya berkait
KRU, Mojo

Edry Abdul Halim (lahir 28 April 1976) merupakan salah seorang daripada anggota kumpulan KRU, penerbit muzik, penggubah lagu dan pemain synthesizer Kumpulan Mojo.

Kehidupan awal

Edry dilahirkan pada 28 April 1976 di Petaling Jaya, Selangor. Beliau merupakan anak ketiga daripada empat beradik kepada pasangan Abdul Halim bin Kamal dan Zarina binti Abdul Wahab Fenner.

Kerjaya

KRU

Edry merupakan salah seorang ahli pengasas kumpulan KRU bersama dua abangnya, Norman dan Yusry sewaktu penubuhannya pada 1992 ketika Edry berusia 16 tahun. Beliau merupakan penyanyi kumpulan ini dan kebanyakan lagu-lagu nyanyian KRU dicipta oleh beliau. Edry juga berbakat dalam mencipta lagu, banyak lagu-lagu yang menjadi kegemaran dan kegilaan orang ramai. Antara nama-nama besar yang pernah bekerjasama dengan beliau antaranya Stacy, Adam, Ezlynn, Caliph Buskers, Mawi, Rabbani dan ramai lagi.

Pada 18 April 2018, KRU mengumumkan pembubaran mereka selepas konsert terakhir mereka, Konsert Gergasi KRU25 yang akan berlangsung di Istana Budaya selama tiga hari mulai 4 hingga 6 Mei 2018,[1] dengan tiket sebanyak 80 peratus telah dijual.[1]

Kehidupan peribadi

Edry mendirikan rumah tangga bersama Milia Mohammed pada November 1999[2] dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Emil, Edylia dan Emery. Anak bongsu, Elya pula dilahirkan pada bulan Jun 2010.[3] Anak ketiga beliau, Emery menghidap penyakit autisme.[4]

Diskografi

Album studio
  • Hitman (2011)
Lagu ciptaan
  • Intifada (Rabbani)
  • Asmaradana (Tiara Jacquelina)
  • Seksis (Anita Sarawak)
  • Hi Hi Bye Bye (Ezlynn)
  • Dekat Padamu (Yusry Abdul Halim)
  • Tak Tahu (Adam)
  • Joget Lambak (Adam)
  • Terhangat Di Pasaran (KRU & Adam)
  • Separuh Masa (The Lima)
  • Buronan Cinta (The Lima)
  • Pakai Buang (Stacy)
  • Jahat (Stacy)
  • Menggegar Dunia (Stacy & Adam)
  • Kasanova (Stacy)
  • Kisah Dongeng (Stacy)
  • Berdua Bersatu (Forteen)
  • Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir AF)
  • Ku Ada Kamu (Adira AF)
  • Linangan Terakhir (Forteen)
  • Sedetik Lebih (Anuar Zain)
  • Hanya NamaMu (Caliph Buskers)
  • HambaMu (Mawi & Akhil Hayy)
  • Kita (Forteen)
  • Seperti Dulu (Forteen)
  • Dekat Tapi Jauh (Forteen)
  • Ikut Rentakku (Jaclyn Victor)
  • Romancinta (MOJO)
  • Bila Bila (Stacy)
  • Superstar (MOJO)

Filemografi

Filem

Sebagai pelakon

Sebagai pengarah

  • Magika (2010)
  • 29 Februari (2012)

Sebagai penerbit

  • Cicakman 2: Planet Hitam (2008)
  • My Spy (2009)
  • Magika (2010)
  • Hikayat Merong Mahawangsa (2011) - penerbit eksekutif
  • Cinta Kura-Kura (2012) - penerbit eksekutif
  • 29 Februari (2012)
  • Vikingdom (2013) - penerbit eksekutif bersama

Drama

Sebagai pelakon

Sebagai penerbit

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ a b Othman, Kemalia (18 April 2018). "Tiga beradik akhirnya bubar KRU selepas 25 tahun ditubuhkan". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-18. Dicapai pada 18 April 2018.
  2. ^ Selamat Pengantin Baru EDRY- MILIA Diarkibkan 2017-02-12 di Wayback Machine Utusan Malaysia. 14 November 1999.
  3. ^ Siti Azira Abdul Aziz (8 Jun 2010) Edry (KRU) Dapat Anak Keempat mStar Online. Dicapai pada 9 Jun 2010.
  4. ^ Hanisah Selamat (28 April 2018). Demi anak, Edry bawa keluarga pindah Eropah Berita Harian. Dicapai pada 5 Mei 2018.

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Album studio
Rencana berkaitan
  • l
  • b
  • s
Filem arahan Edry Abdul Halim
  • Magika (2010)
  • 29 Februari (2012)
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Perancis (data)
Lain-lain