Elizabeth Wong Keat Ping

Yang Berhormat Puan

Elizabeth Wong

MLA
黄洁冰
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk Bukit Lanjan
Penjawat kini
Memegang jawatan
8 Mac 2008
Didahului olehYong Dai Ying
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Dalam jawatan
13 Mac 2008 – 2018
Kawasan pilihan rayaBukit Lanjan
Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR (dipilih)
Dalam jawatan
2022–2025
Ketua PKR cabang Damansara
Dalam jawatan
2022–2025
Butiran peribadi
LahirWong Keat Ping
(1970-03-09) 9 Mac 1970 (umur 54)
Perak, Malaysia
KewarganegaraanMalaysia
Parti politikParti Keadilan Rakyat (PKR) - Pakatan Rakyat
PekerjaanAhli politik
Laman web rasmielizabethwong.wordpress.com

Elizabeth Wong Keat Ping atau Elizabeth Wong (bahasa Cina: 黄洁冰; lahir 9 Mac 1970) merupakan ahli politik dari Parti Keadilan Rakyat berketurunan Cina dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan. Beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab dalam pelancongan, hal ehwal pengguna dan alam sekitar. Elizabeth masih bujang berusia 37 tahun.[perlu rujukan]

Aktivis hak asasi manusia

Beliau terlibat di dalam hak asasi manusia semenjak dari zaman pelajarnya di Sydney dan seterusnya semasa kerjanya di Nepal. Beliau pernah menjadi setiausaha agung Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia dari tahun 2000 hingga 2006 (sekarang ini menjadi ahli Ex-Com), satu ahli sekretariat Suaram dan telah menjadi fellow hak asasi manusia bagi Majlis Carnegie bagi Etika dan Hal Ehwal Antarabangsa (2002-03). Beliau juga menjadi seorang perunding politik dan telah melibatkan diri di dalam pembinaan Kaukus Antara Parlimen Asean bagi Myanmar dan juga Kempen Pembebasan dan Demokrasi bagi Hak Asasi Manusia di Aceh.[1]

Penglibatan di dalam politik

Elizabeth telah memasuki arena pilihan raya sebagai satu calon di bawah Parti Keadilan Rakyat (PKR) semasa Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 dan pada 8 Mac 2008, Wong telah dipilih menjadi ADUN Bukit Lanjan dengan satu majoriti lebih 5000, majoriti kedua terbesar telah dimenangi oleh PKR di Selangor.

Buat pertama kali juga kerusi ini jatuh ke Pakatan Rakyat. Sejarah terbentuk kemudian apabila kerusi Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor - negeri yang paling maju dan makmur di Malaysia, bersama-sama negeri-negeri Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Beliau telah dilantik menjadi Exco negeri Selangor, di dalam Hal Ehwal Pelancongan, Pengguna dan Alam Sekitar.

Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Ketua Informasi Wanita PKR dan juga di peringkat bahagian Petaling Jaya Utara.[2]

Sebaran gambar bogel di internet

Gambar bogel beliau semasa sedang tidur telah diedarkan di internet, mungkin dicuri rakam[3].Pada 16 Februari 2009, Eizabeth membuat laporan polis terhadap pencerobohan hak peribadinya. Foto dan rakaman video itu mungkin diambil di rumahnya di Bukit Gasing, Petaling Jaya. Elizabeth membuat laporan polis di Balai Polis Damansara. Kemudian sekali lagi memberi kenyataan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada 17 Februari 2009. Polis akan mendapatkan maklumat tambahan termasuk gambar-gambar tersebut dan bagaimana mula tersebar sebelum tindakan seterusnya dijalankan.[4] Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman menyiasat mengikut mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu mengedar bahan lucah. Wartawan yang melihat gambar dalam telefon bimbit tersebut dan lain-lain akan dipanggil untuk membantu siasatan.[5]

Pada 17 Februari Elizabeth Wong mengadakan sidang media di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya, Selangor. Wong mempertahankan dirinya tidak bersalah dan tawar untuk meletakkan jawatan dan akan berbincang dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi mengatur urusan penyerahan tanggungjawabnya mengikut prosedur sepatutnya.[6] Beberapa pemimpin dan penyokong Elizabeth Wong hadir memberi sokongan. Antaranya ialah ketua Wanita PKR yang juga ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, exco negeri, Teresa Kok dan Xavier Jayakumar, serta naib presiden PKR, Sivarasa K. Rasiah.[7]

Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan Elizabeth Wong memikirkan semula keputusan untuk meletakkan jawatan ADUN Bukit Lanjan. Beliau dinasihatkan bercuti dan selepas 'bertenang' barulah membuat keputusan. Ketua PKR Selangor juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan menghadap Sultan Selangor untuk menjelaskan situasi semasa dan mendapatkan nasihat baginda.[8][9]

Rujukan

  1. ^ "Mengenai Elizabeth Wong", Blog Elizabeth Wong, 17 Februari 2009
  2. ^ [http://elizabethwong.wordpress.com/about/ About elizabeth-wong.]
  3. ^ NUDE PICTURES: Press statement by Elizabeth Wong
  4. ^ "NUDE PICTURES: I am a victim, says Elizabeth Wong". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-28. Dicapai pada 2009-02-17.
  5. ^ Exco Selangor terkejut gambar bogelnya tersebar di Internet Diarkibkan 2009-02-21 di Wayback Machine, Berita Harian
  6. ^ Elizabeth Wong Tawar Letak Jawatan Exco Dan Kerusi Dewan Undangan Negeri, Bernama
  7. ^ Wanita PKR kutuk penyebaran foto Eli, Malaysiakini
  8. ^ "UPDATE4 Elizabeth Quits, Anwar Urges Her To Reconsider". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-18. Dicapai pada 2009-02-17.
  9. ^ Gambar bogel: Polis ambil keterangan Elizabeth.

Pautan luar

  • Laman web rasmi
  • l
  • b
  • s
Yang di-Pertua: Ng Suee Lim (DAP) • Timbalan Yang di-Pertua: Hasnul Baharuddin (AMANAH)
Ketua Majlis: Amirudin Shari (PKR) • Ketua Pembangkang: Rizam Ismail (UMNO)
  1. Sungai Air Tawar: Rizam Ismail (UMNO)
  2. Sabak: Ahmad Mustain Othman (PKR)
  3. Sungai Panjang: Mohd Imran Tamrin (UMNO)
  4. Sekinchan: Ng Suee Lim (DAP)
  5. Hulu Bernam: Rosni Sohar (UMNO)
  6. Kuala Kubu Baharu: Lee Kee Hiong (DAP)
  7. Batang Kali: Kosong
  8. Sungai Burong: Mohd Shamsudin (UMNO)
  9. Permatang: Rozana Zainal Abidin (PKR)
  10. Bukit Melawati: Juwairiya Zulkifli (PKR)
  11. Ijok: Idris Ahmad (PKR)
  12. Jeram: Mohd Shaid Rosli (PEJUANG)
  13. Kuang: Sallehudin Amiruddin (BEBAS)
  14. Rawang: Chua Wei Kiat (PKR)
  15. Taman Templer: Sany Hamzan (AMANAH)★
  16. Sungai Tua: Amirudin Shari (PKR)★
  17. Gombak Setia: Hilman Idham (BERSATU)
  18. Hulu Kelang: Saari Sungib (AMANAH)
  19. Bukit Antarabangsa: Azmin Ali (BERSATU)
  20. Lembah Jaya: Haniza Mohamed Talha (PBM)
  21. Pandan Indah: Izham Hashim (AMANAH)
  22. Teratai: Lai Wai Chong (WARISAN)
  23. Dusun Tua: Edry Faizal Eddy Yusof (DAP)
  24. Semenyih: Zakaria Hanafi (UMNO)
  25. Kajang: Hee Loy Sian (PKR)
  26. Sungai Ramal: Mazwan Johar (AMANAH)
  27. Balakong: Wong Siew Ki (DAP)
  28. Seri Kembangan: Ean Yong Hian Wah (DAP)
  29. Seri Serdang: Siti Mariah Mahmud (AMANAH)
  30. Kinrara: Ng Sze Han (DAP)
  31. Subang Jaya: Michelle Ng Mei Sze (DAP)
  32. Seri Setia: Halimey Abu Bakar (PKR)
  33. Taman Medan: Syamsul Firdaus (PKR)
  34. Bukit Gasing: Rajiv Rishyakaran (DAP)
  35. Kampung Tunku: Lim Yi Wei (DAP)
  36. Bandar Utama: Jamaliah Jamaluddin (DAP)
  37. Bukit Lanjan: Elizabeth Wong (PKR)
  38. Paya Jaras: Mohd Khairuddin Othman (PKR)
  39. Kota Damansara: Shatiri Mansor (PKR)
  40. Kota Anggerik: Mohd Najwan Halimi (PKR)
  41. Batu Tiga: Rodziah Ismail (PKR)★
  42. Meru: Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (PKR)
  43. Sementa: Daroyah Alwi (PBM)
  44. Selat Klang: Abdul Rashid Asari (BERSATU)
  45. Bandar Baru Klang: Teng Chang Khim (DAP)
  46. Pelabuhan Klang: Azmizam Zaman Huri (PKR)
  47. Pandamaran: Leong Tuck Chee (DAP)
  48. Sentosa: Gunarajah George (PKR)
  49. Sungai Kandis: Zawawi Mughni (PKR)
  50. Kota Kemuning: Ganabatirau Veraman (DAP)★
  51. Sijangkang: Ahmad Yunus Hairi (PAS)★
  52. Banting: Lau Weng San (DAP)
  53. Morib: Hasnul Baharuddin (AMANAH)
  54. Tanjong Sepat: Borhan Aman Shah (PKR)
  55. Dengkil: Adhif Syan Abdullah (BERSATU)
  56. Sungai Pelek: Ronnie Liu Tian Khiew (DAP)

Kerajaan: (40) Pakatan Harapan (40)
Pembangkang: (16) Barisan Nasional (5) Perikatan Nasional (5) Parti Pejuang Tanah Air (2) Parti Bangsa Malaysia (2) Parti Warisan (1) BEBAS (1)

Keanggotaan Ahli Dewan Negeri dan Dewan Ahli Undangan Negeri di Malaysia mengikut bilangan Parlimen

1ke-2ke-3ke-4ke-5ke-6ke-7ke-8ke-9ke-10ke-11ke-12ke-13ke-14

Dewan Negeri dan Dewan Undangan Negeri di Malaysia
  • l
  • b
  • s
Parti Keadilan Rakyat
Majlis Pimpinan Pusat
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Setiausaha Agung
Bendahari Agung
Ketua Wanita
Ketua Pemuda
Ketua Penerangan
Ahli Majlis Pimpinan Nasional
Dipilih
Dilantik
Majlis Pimpinan Negeri
Pengerusi
Kerajaan Persekutuan
Kerajaan Negeri
Menteri Besar Selangor
Menteri Besar Negeri Sembilan
Parti Politik
Parti duluan
Kategori Kategori