Hentian epiglotis ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan kecil bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ʡ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan >\ dalam X-SAMPA.
Ciri-ciri
Ciri-ciri hentian epiglotis:
Cara artikulasinya adalah letupan atau hentian, iaitu dihasilkan dengan menghalang aliran udara dalam saluran vokal.
Daerah artikulasinya adalah epiglotis, iaitu disebut dengan epiglotis menyentuh belakang farinks.
Bunyi ini tiada jenis pembunyiannya, tetapi biasanya tak bersuara, iaitu dihasilkan tanpa menggetarkan pita vokal. "Hentian" epiglotis bersuara lebih tepat dikira sebagai tamparan epiglotis.
Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
Disebabkan tidak disebut dengan lidah, maka tiada ertinya menentukan sama ada konsonan ini adalah konsonan tengah atau sisian.
Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.