Kelicap

Nectariniidae
Aethopyga siparaja
Pengelasan saintifik
Alam:
Haiwan
Filum:
Kordata
Kelas:
Aves
Order:
Passeriformes
Suborder:
Passeri
Keluarga:
Nectariniidae

Vigors, 1825
Genus

15, lihat teks

Kelicap (Jawi: کليچڤcode: ms is deprecated ) ialah sejenis burung kecil dalam keluarga Nectariniidae daripada order Passeriformes.[1] Terdapat 132 spesies burung ini dalam 15 genus. Spesies-spesies dalam keluarga ini bertaburan di seluruh Afrika, subbenua India, Asia Tenggara dan hampir utara Australia.

Nama keluarga ini diberikan daripada nama genus Nectarinia, kerana banyak burungnya makan nektar.[2] Tetapi, ada juga yang turut memakan serangga dan labah-labah, terutamanya semasa memberi makan anak. Buah juga menjadi sebahagian diet sesetengah spesies. Pemakanan daripada bunga dan buah pokok semua spesies membantu pendebungaan di habitat masing-masing.[3]

Genus-genus

  • Genus Chalcoparia (kadangkala dimasukkan dalam Anthreptes)
  • Genus Deleornis (kadangkala dimasukkan dalam Anthreptes)
  • Genus Anthreptes (s. 12 spesies)
  • Genus Hedydipna (kadangkala dimasukkan dalam Anthreptes)
  • Genus Hypogramma
  • Genus Anabathmis (kadangkala dimasukkan dalam Nectarinia)
  • Genus Dreptes (kadangkala dimasukkan dalam Nectarinia)
  • Genus Anthobaphes (kadangkala dimasukkan dalam Nectarinia)
  • Genus Cyanomitra (kadangkala dimasukkan dalam Nectarinia)
  • Genus Chalcomitra (kadangkala dimasukkan dalam Nectarinia)
  • Genus Leptocoma (kadangkala dimasukkan dalam Nectarinia)
  • Genus Nectarinia (6 spesies secara ketat)
  • Genus Drepanorhynchus (kadangkala dimasukkan dalam Nectarinia)
  • Genus Cinnyris (kadangkala dimasukkan dalam Nectarinia)
  • Genus Aethopyga
  • Genus Arachnothera (10-11 spesies)

Ciri fizikal

Burung-burung kelicap mempunyai paruh yang melengkuk[4] dan lidah yang berhujung halus dan cerucup seperti berus yang memudahkan penghisapan nektar bunga.[4][5]:76–77

Badan burung jantan dipenuhi bulu pelepah yang lebih memendarkan rona daripada badan burung betina.[6]

Tabiat

Burung jantan menari-nari, mengibas-ngibas sayap atau terbang tinggi untuk menarik perhatian burung betina yang dimahukan sebagai pasangan.[7]

Rujukan

  1. ^ Gill, Frank; Donsker, David; Rasmussen, Pamela, penyunting (2023). "Dippers, leafbirds, flowerpeckers, sunbirds". World Bird List Version 14.1. Kesatuan Ahli Ornitologi Antarabangsa. Dicapai pada 18 Jun 2024.
  2. ^ Jobling, James A. (2010). The Helm Dictionary of Scientific Bird Names. London, England, UK: Christopher Helm. m/s. 267. ISBN 978-1-4081-2501-4.
  3. ^ Cheke, Mann & Allen 2003, m/s. 22. sfn error: no target: CITEREFChekeMannAllen2003 (help)
  4. ^ a b Paton, D. C.; Collins, B. G. (1989). "Bills and tongues of nectar-feeding birds: A review of morphology, function and performance, with intercontinental comparisons". Australian Journal of Ecology. 14 (4): 473–506. doi:10.1111/j.1442-9993.1989.tb01457.x. ISSN 1442-9993.
  5. ^ Erdoğan, Serkan; Iwasaki, Shinichi (September 2013). "Function-related morphological characteristics and specialized structures of the avian tongue". Annals of Anatomy. 196 (2–3): 75–87. doi:10.1016/j.aanat.2013.09.005.
  6. ^ Cheke, Robert; Mann, Clive (2008). "Family Nectariniidae (Sunbirds)". Dalam del Hoyo, Josep; Elliott, Andrew; Christie, David (penyunting). Handbook of the Birds of the World, Volume 13: Penduline-tits to Shrikes. Barcelona: Lynx Editions. m/s. 196–243. ISBN 978-84-96553-45-3.
  7. ^ Cheke, Mann & Allen 2003, m/s. 24–25. sfn error: no target: CITEREFChekeMannAllen2003 (help)

Sumber

  • Cheke, Robert A.; Mann, Clive F.; Allen, Richard (2001). Sunbirds: A Guide to the Sunbirds, Flowerpeckers, Spiderhunters and Sugarbirds of the World. London, England, UK: A&C Black Publishers. ISBN 978-1-4081-3568-6.

Pautan luar

  • Sunbird videos di Internet Bird Collection