Laksamana
Angkatan Tentera Malaysia | ||
Tentera Darat | Tentera Laut | Tentera Udara |
Pangkat Pegawai Angkatan Tentera | ||
Fil Marsyal | Laksamana Armada | Marsyal TUDM |
Jeneral | Laksamana | Jeneral TUDM |
Leftenan Jeneral | Laksamana Madya | Leftenan Jeneral TUDM |
Mejar Jeneral | Laksamana Muda | Mejar Jeneral TUDM |
Brigedier Jeneral | Laksamana Pertama | Brigedier Jeneral TUDM |
Kolonel | Kepten | Kolonel TUDM |
Leftenan Kolonel | Komander | Leftenan Kolonel TUDM |
Mejar | Leftenan Komander | Mejar TUDM |
Kapten | Leftenan | Kapten TUDM |
Leftenan | Leftenan Madya | Leftenan TUDM |
Leftenan Muda | Leftenan Muda | Leftenan Muda TUDM |
Pegawai Kadet Kanan | ||
Kadet | ||
Lain-lain Pangkat Angkatan Tentera | ||
Pegawai Waran I | Pegawai Waran I | Pegawai Waran Udara I |
Pegawai Waran II | Pegawai Waran II | Pegawai Waran Udara II |
Staf Sarjan | Bintara Kanan | Flait Sarjan |
Sarjan | Bintara Muda | Sarjan Udara |
Koperal | Laskar Kanan | Koperal Udara |
Lans Koperal | Laskar Kelas I | Laskar Udara Kanan |
Prebet | Laskar Kelas II | Laskar Udara I |
Prebet | Laskar Muda | Laskar Udara II |
Perajurit Muda | Perajurit Muda | Perajurit Muda |
Laksamana (Jawi: لقسامانcode: ms is deprecated , singkatan: Laks) ialah pangkat tinggi yang terdapat dalam perkhidmatan tentera laut negara-negara tertentu.
Sejarah
Gelaran ini mendapat namanya sempena Lakshmana, dewa yang berperanan utama dalam ceritera Ramayana.
Jawatan ini pernah wujud dalam sistem ketenteraan Kesultanan Melaka pada abad ke-15 serta mendapat keutamaan tinggi selaras peranan kerajaan tersebut yang maju dalam bidang pelaut dan ahli dalam pelayaran. Mereka yang berpangkat Laksamana dalam Kerajaan Melayu Melaka itu digelar Orang Kaya. Hang Tuah dikatakan antara pembesar Melayu pertama yang dikurniakan gelaran Laksamana.
Protokol
Di Malaysia
Dalam Tentera Laut Diraja Malaysia. Ia bertaraf empat bintang dan setara dengan pangkat Jeneral dalam Tentera Darat dan Jeneral TUDM Tentera Udara Diraja Malaysia. Pangkat Laksamana disusun lebih rendah dari Laksamana Armada tetapi lebih tinggi dari Laksamana Madya.
Seorang laksamana biasanya memegang jawatan Panglima Tentera Laut atau Panglima Angkatan Tentera.
Di Indonesia
Angkatan Laut Nasional Indonesia juga menggunakan pangkat Laksamana dalam barisan pangkat mereka.
Insignia
Tentera laut biasanya mempunyai dua gaya lencana, satu yang dipakai di bahu (shoulder board)dan satu lagi gaya untuk dipakai di pergelangan tangan. Insignia yang biasa dipakai di bahu ialah susunan empat bintang beserta mahkota. Di pergelangan pula, sistem yang hampir serupa digunakan di kebanyakan angkatan laut di dunia. Satu baris lebar, diikuti di atasnya dengan tiga baris sederhana. Kebanyakan negara Komanwel, baris yang di atas sekali mempunyai gelung. Negara-negara seperti Amerika Syarikat, Indonesia, Jerman dan Jepun mempunyai variasi tersendiri. Perancis pula berbeza dari bilangan bintang yang dipakai.
Di Nusantara
- Lencana bahu Laksamana Tentera Laut Diraja Brunei
- Lencana bahu Laksamana Tentera Laut Diraja Malaysia
- Lencana bahu Laksamana Angkatan Laut Nasional Indonesia
Di negara lain
- Laksamana Tentera Laut Diraja British
- Pergelangan baju Laksamana British
- Laksamana Tentera Laut Amerika
- Laksamana Tentera Laut Itali
- Laksamana Tentera Laut Perancis
Pegawai berbendera
Laksamana juga sebahagian dari pegawai berbendera (bahasa Inggeris: Flag Officer) kerana berpeluang mengibarkan benderanya tersendiri sama ada ketika pelayaran atau pada kenderaan rasmi.