Madurai

Madurai(மதுரை)
—  city  —
Pemandangan Madurai
Pemandangan Madurai
Madurai(மதுரை)
Lokasi Madurai(மதுரை)
di Tamil Nadu dan India
Koordinat 9°48′N 78°06′E / 9.8°N 78.10°E / 9.8; 78.10Koordinat: 9°48′N 78°06′E / 9.8°N 78.10°E / 9.8; 78.10
Negara  India
Negeri Tamil Nadu
Daerah Daerah Madurai
Datuk Bandar Thenmozhi Gopinathan [1]
Penduduk

• Kepadatan

928,869 (2001[kemas kini])

8,522/km2 (22,072/sq mi)

Zon masa IST (UTC+5:30)
Keluasan

• Aras tinggi

109 sq mi (282 km²)

8 m (26 kaki)

Kod
  • • Pinkod • 625 0xx
    • Telefon • +452
    • Kenderaan • TN-58, TN-59, dan TN-64
Laman web www.maduraicorporation.in

Madurai (Tamil: மதுரைcode: ta is deprecated dan IPA: [mɐd̪ɯrəj]) ialah bandar raya yang kedua besar (selepas Chennai) di negeri Tamil Nadu, India, dengan jumlah penduduk sebanyak 1,374,838 orang (menurut banci 2001).[2] Ia juga merupakan kota yang paling lama dihuni di Semenanjung India.[3] Terletak di tebing Sungai Vaigai di daerah Madurai, bandar raya ini juga dikenali secara meluas sebagai kota kuil,[3] dan seringnya juga dipanggil:

  • Koodal Maanagar (Ibu Negeri Kebudayaan Tamil Nadu);
  • Malligai Maanagar (Kota Bunga Melur),
  • Thoonga Nagaram (Kota Tak Tidur); dan
  • Athens di Timur.

Madurai juga merupakan ibu kota Tamadun Selatan Kuno, dengan warisan budaya yang wujud sejak 2,500 tahun dahulu. Selain itu, Madurai juga merupakan pusat perdagangan yang penting dan pernah berdagang sejauh Rom dan Yunani sejak awal 550 SM lagi.[3][4]

Sejarah

Sejak sekurang-kurangnya abad ke-5 SM, Madurai merupakan pusat kuasa empayar Pandya. Sangam, sebuah akademi kuno yang membolehkan pemuisi dan penulis Tamil berkumpul dari semasa ke semasa di bawah naungan raja-raja Pandya, wujud sejak sekitar 300 SM. Nakkeerar, pemuisi zaman Sangam, telah dikaitkan dengan sebilangan episod Sundareswarar Tiruvilayaadal yang telah dilakonkan sebagai sebahagian tradisi perayaan kuil sehingga hari ini.[5] Seawal abad ke-3 SM, Megasthanes mengunjungi Madurai, disusuli kemudian oleh banyak orang Rom dan Yunani yang berdagang dengan raja-raja Pandya tersebut.

Carta iklim untuk Madurai
JFMAMJJOSOND
 
 
20
 
30
20
 
 
14
 
32
21
 
 
18
 
35
23
 
 
55
 
37
25
 
 
70
 
37
26
 
 
40
 
36
26
 
 
50
 
36
25
 
 
104
 
35
25
 
 
119
 
34
24
 
 
188
 
32
24
 
 
145
 
30
23
 
 
51
 
29
21
Suhu purata dalam °C
Jumlah hujan dalam mm
Sumber: Nirvana Tour[6]
Penukaran imperial
JFMAMJJOSOND
 
 
0.8
 
86
68
 
 
0.5
 
90
70
 
 
0.7
 
95
73
 
 
2.2
 
99
77
 
 
2.8
 
99
79
 
 
1.6
 
97
79
 
 
1.9
 
96
77
 
 
4.1
 
95
77
 
 
4.7
 
93
75
 
 
7.4
 
90
75
 
 
5.7
 
86
73
 
 
2
 
84
70
Suhu purata dalam °F
Jumlah hujan dalam inci

Mengikut legenda, kota Madurai yang asal, dikenali sebagai ThenMadurai ("Madurai di Selatan") secara tradisi, dimusnahkan oleh tsunami di kawasan kuno yang dikenali sebagai Kumari Kandam. Kota yang baharu kemudian berkembang maju sehingga abad ke-10 apabila ia ditawan oleh Dinasti Chola, pesaing utama empayar Pandya.[5] Kemewahan Maduri kemudian dipulihkan, tetapi pada takat yang sederhana, apabila kota ini ditaklukkan oleh Empayar Vijayanagara dan diperintah oleh maharaja-maharaja Nayak. Yang paling terkenal antara maharaja-maharaja itu ialah Thirumalai Nayak.[5] Subramanya Bharathi, pemuisi negara yang terkenal, bertugas sebagai pandit (guru) bahasa Tamil di Sekolah Tinggi Sethupathy yang terletak di kota ini pada awal abad ke-20.

Geografi dan iklim

Bandar raya Madurai yang seluas 52 km² terletak di dalam kawasan bandar yang kini mencecah melebihi 130 km².[7] Terdapat sebuah kota desa yang dikenali sebagai Vada Madurai di daerah berjiran Dindigul, serta juga kota desa Manamadurai di daerah berjiran Sivagangai.

Madurai terletak setinggi 101 meter di atas min aras laut. Iklimnya kering dan panas, dengan hujan monsun timur laut antara Oktober hingga Disember. Hujan tahunan puratanya sekitar 85 cm. Suhu pada musim panas mencecah 40°C maksimum dan 26.3°C minimum, walaupun suhu melebihi 43°C juga agak biasa. Sebaliknya, suhu musim sejuk berbeza-beza antara 29.6°C dan 18°C.

Bahasa

Bahasa Tamil ialah bahasa utama yang dituturkan di sekitar Madurai. Bagaimanapun, dialek "Tamil Madurai" agak berbeza dengan dialek Tamil yang lain seperti "Tamil Kongu", "Tamil Nellai", "Tamil Ramnad" dan "Tamil Chennai". Selain daripada bahasa Tamil, bahasa-bahasa lain yang dituturkan termasuk bahasa Inggeris, Urdu, Malayalam, Telugu, dan Saurashtra. Sungguhpun demikian, sesetengah bahasa tersebut juga dicampurkan dengan bahasa Tamil.

Demografi

Mengikut banci India 2001,[8] bandar raya Madurai mempunyai 928,869 penghuni di dalam kawasan perbadanan perbandaran, dan 1,194,665 penghuni di dalam kawasan bandar. Lelaki terdiri daripada 51% jumlah penduduk. Justera, terdapat hanya 968 orang perempuan bagi setiap 1,000 orang lelaki.[9] Kadar kenal huruf purata Madurai yang sebanyak 79% adalah jauh lebih tinggi daripada kadar kenal huruf purata negara sebanyak 59.5%. Kadar kenal huruf lelaki ialah 84%, manakala kadar perempuan ialah 74%. Di Madurai, 10% daripada jumlah penduduk berumur di bawah 6 tahun.

Lihat juga

  • Daerah Madurai
  • Dialek Madurai
  • Madurai (kawasan pilihan raya Lok Sabha)
  • Senarai kolej dan institut di daerah Madurai

Rujukan

  1. ^ "First woman Mayor for Madurai". The Hindu. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-01. Dicapai pada 29 October 2006. Unknown parameter |dateformat= ignored (bantuan)
  2. ^ "Tamil Nādu - City Population - Cities, Towns & Provinces - Statistics & Map". Citypopulation.de. Dicapai pada 2009-09-23.
  3. ^ a b c Frommer's India By Pippa deBruyn, Keith Bain, Niloufer Venkatraman, Shonar Joshi
  4. ^ "Madurai, Temple Town of South India. Cultural capital of Tamilnadu". Madurai.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-07. Dicapai pada 2009-09-23.
  5. ^ a b c "History of Madurai". www.madurai.com. Dicapai pada 2009-09-23.
  6. ^ "Carta Suhu dan Hujan". Nirvana Tour. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-29. Dicapai pada 2008-05-25.
  7. ^ "Madurai General Information". Dicapai pada 2008-06-15.
  8. ^ "Tamil Nādu - City Population - Cities, Towns & Provinces - Statistics & Map". Citypopulation.de. Dicapai pada 2009-09-23.
  9. ^ "Women Development" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-03-04. Dicapai pada 2009-10-05.

Pautan luar

  • Indian Railways Passenger Inquiry Service Bharatrail Diarkibkan 2009-12-21 di Wayback Machine


Rencana berkaitan Madurai
  • l
  • b
  • s
Bandar raya suci Hindu
India
Allahabad · Arunachala · Ayodhya · Badrinath · Deoghar · Dharmasthala · Chitrakuta  · Dwarka · Gaya · Guruvayur · Haridwar · Kalahasti · Kanchipuram · Kedarnath · Madurai · Mathura · Nashik · Nathdwara · Puri · Pushkar · Rameswaram · Rishikesh · Sabarimala · Somnath · Sringeri · Srirangam · Tirumala-Tirupati · Udupi · Ujjain · Varanasi · Vrindavan
Aum
Nepal
Kathmandu · Janakpurdham
Sri Lanka
Kataragama

Templat:Municipal corporations of Tamil Nadu

  • l
  • b
  • s
Topik:
Bahasa · Bangsa · Ekonomi · Hidupan liar · Kesusasteraan · Kuil · Masakan · Muzik · Pemerintahan · Politik · Sejarah · Seni perfileman
Ibu kota:

Chennai  · Burung negeri: Emerald Dove  · Haiwan negeri: Nilgiri Tahr  · State Tree: Palm Tree  · Bunga negeri: Gloriosa Lily  ·

Daerah:

Ariyalur · Chennai · Coimbatore · Cuddalore · Dharmapuri · Dindigul · Erode · Kanchipuram · Kanyakumari · Karur · Krishnagiri · Madurai · Nagapattinam · Namakkal · Perambalur · Pudukkottai · Ramanathapuram · Salem · Sivaganga · Thanjavur · The Nilgiris · Theni · Thoothukudi · Tiruchirapalli · Tirunelveli · Tirupur · Tiruvallur · Tiruvannamalai · Tiruvarur · Vellore · Viluppuram · Virudhunagar

Bandar raya utama:

Chennai  · Coimbatore  · Erode  · Madurai  · Salem · Tiruchirapalli · Tirunelveli  · Tirupur  · Tuticorin · Vellore

Kawasan terlindung:

Simpanan Biosfera: · Simpanan Biosfera Agasthyamalai · Simpanan Biosfera Nilgiri · Simpanan Biosfera Teluk Mannar
Taman Negara: Taman Negara Bukit Palani · Taman Negara Guindy · Taman Negara Indira Gandhi · Taman Negara Marin Teluk Mannar · Taman Negara Mudumalai · Taman Negara Mukurthi
Taman Mergastua: Taman Mergastua Grizzled Squirrel · Taman Mergastua Vallanadu · Taman Mergastua dan Burung Point Calimere
Taman Unggas: Taman Unggas Koothankulam · Taman Unggas Tasik Pulicat
Simpanan pemuliharaan: Simpanan Pemuliharaan Tiruvidaimarudur

Portal Tamil Nadu