Major Arcana

Major Arcana ataupun Arcana Utama daripada sebuah set kad Tarot yang terdiri darpada 22 kad. Nama Major Arcana ini adalah digunakan secara berleluasa bukan sahaja dalam amalan-amalan esoterik. Para pemain yang menggunakan kad-kad Tarot sebagai permainan menggelar mereka Trumps dan seringkali menunjukkan sebuah nombor Roman atau Arab pada setiap kad, disertakan dengan hiasan yang serupa di setiap kadnya.

Dalam set-set esoterik, setiap Major Arcanum menggambarkan sebuah kejadian, selalunya mempamerkan seseorang individu ataupun sekumpulan manusia, dengan banyak elemen-elemen simbolik. Dalam kebanyakan set-set kad, setiap daripadanya mempunyai nombor (selalunya ditulis sebagai nombor dalam Roman) dan nama, namun bukan semuanya mempunyai kedua-dua ciri ini, dan sesetengah hanya mempunyai gambar sahaja. Set-set awal tidak mempunyai nama mahupun nombor pada gambar-gambar mereka pada Major (mungkin disebabkan kebanyakan daripada mereka yang bermain pada waktu itu adalah buta huruf), dan susunan kad-kadnya tidak menurut piawaian. Walau bagaimanapun, salah satu daripada set bernombor dan bernama yang seringkali digunakan adalah seperti berikut:

Imej-imej pada Major Arcana dalam set-set esoterik selalunya digunakan dengan elemen simbolik yang tebal. Major Arcana selalunya dianggap oleh penilik kad sebagai merujuk kepada hal-hal yang mempunyai tujuan yang lebih "tinggi" atau lebih bermakna kepentingannya, bertentangan dengan Minor Arcana yang merujuk kepada dunia harian dan hal-hal dengan kepentingan segera.

Lihat juga

  • Tarot

Pautan luar

  • Laman web ramalan di serenapowers.com