Menara Tokyo

Menara Tokyo


Menara Tokyo(東京 タワー Tokyo Tawaー) adalah menara komunikasi dan menara pemerhatian yang terletak di Shiba Park, Minato, Tokyo, Jepun. Ketinggiannya 315 meter (1033 kaki), ia adalah struktur buatan manusia yang kedua tertinggi di Jepun. Struktur Menara Eiffel menjadi sumber ilham menara ini yang dicat oren putih antarabangsa untuk mematuhi peraturan keselamatan udara.

Dibina pada tahun 1958, tujuan utama menara ini ialah tarikan pelancongan dan tiang antena. Lebih 150 juta orang telah melawat menara ini sejak pembukaannya. FootTown terletak di tingkat 4.Selain itu terdapat muzium, restoran dan kedai-kedai. Tetamu boleh meninjau dari dua dek pemerhatian. Balai Cerap Utama terletak di ketinggian 150 meter (490 kaki), manakala Balai Cerap Khas yang lebih kecil mencapai ketinggian 250 meter (820 kaki).

Menara ini bertindak sebagai struktur sokongan bagi antena. Asalnya bertujuan untuk penyiaran televisyen, radio antena telah dipasang pada tahun 1961 dan menara itu kini digunakan untuk menyiarkan isyarat untuk media Jepun seperti NHK, TBS dan Fuji TV. Peralihan televisyen digital yang dirancang Jepun pada Julai 2011 menimbulkan masalah. Bagaimanapun, ketinggian semasa Menara Tokyo tidak cukup tinggi untuk menyokong penyiaran terestrial digital ke kawasan itu. Menara lebih tinggi diperlukan untuk penyiaran digital , yang dikenali sebagai Tokyo Sky Tree, kini telah siap dibina pada 2012.

Penyiaran

Tokyo tower ini digunakan sebagai sokongan untuk penyiaran bagi :

  • NHK General TV Tokyo (JOAK-TV): Channel 1 (analog)
  • NHK Educational TV Tokyo (JOAB-TV) - Channel 2 (analog)
  • NHK Radio FM Tokyo
    • NHK Radio 1 FM Tokyo
    • NHK Radio 2 FM Tokyo
  • TV Asahi Tokyo (JOEX-TV): TV Asahi Analog Television/VHF Channel 10 (analog)
  • Fuji Television Tokyo (JOCX-TV): Fuji Television Analog/VHF Channel 8 (analog)
  • Tokyo Broadcasting System Television (JORX-TV): TBS Television/VHF Channel 6 (analog)
  • Nippon Television Tokyo (JOAX-TV): VHF Channel 4 (analog)
  • TV Tokyo (JOTX-TV): VHF Channel 12 (analog)
  • J-WAVE
  • Tokyo FM
  • FM Interwave
  • The University of the Air TV
  • The University of the Air-FM
  • Tokyo Metropolitan Television
  • Nikkei Radio Broadcasting Relay Antenna
The tip of Tokyo Tower was bent during the 2011 Tōhoku earthquake.

Galeri

  • Lighting pre-1989. This image is of Tokyo Tower in 1960.
    Lighting pre-1989. This image is of Tokyo Tower in 1960.
  • White lighting
    White lighting
  • Orange lighting; Observatory displays "TOKYO" and "2016" to commemorate Tokyo's 2016 Olympic bid
    Orange lighting; Observatory displays "TOKYO" and "2016" to commemorate Tokyo's 2016 Olympic bid
  • Portions of the tower lit blue for World Diabetes Day, 2007.
    Portions of the tower lit blue for World Diabetes Day, 2007.
  • Tokyo Tower at night
    Tokyo Tower at night

Maskot

Menara Tokyo mempunyai dua maskot yang bernama Noppon , 'Abang tua', yang memakai pakaian kerja biru, dan 'Abang muda'memakai pakaian baju kerja merah. Mereka telah "dilahirkan" pada 23 Disember 1998 sempena ulang tahun ke-40 Menara Tokyo.

Rujukan