Nizar Awadallah
Nizar Awadallah | |
---|---|
نزار عوض الله | |
Ketua Hamas di Genting Gaza | |
Dalam jawatan 2006–2012 | |
Didahului oleh | Abdul Aziz al-Rantisi (2004) |
Digantikan oleh | Ismail Haniyeh |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1957-12-11) 11 Disember 1957 (umur 66) Bandar Gaza, Gaza |
Kewarganegaraan | Palestin |
Parti politik | Hamas |
Alma mater | Universiti Ain Syams |
Nizar Awadallah (Arab: نزار عوض اللهcode: ar is deprecated ) ialah seorang ahli politik Palestin dari gerakan Hamas. Beliau menyertai banyak siri delegasi Hamas ke negara-negara dunia. Beliau terlibat dalam rundingan pertukaran tawanan dari Israel Gilad Shalit dengan 1,027 orang Palestin yang ditahan Israel pada 2011.[1] Pada 2006, beliau telah dilantik mengetuai Hamas di Gaza, pasca kemenangan gerakan itu dalam pilihan raya.
Latar belakang
Nizar dilahirkan pada 11 Disember 1957 di Gaza[2] dari keluarga yang berasal dari Majdal (kini Asqalan). Beliau ialah anak kepada seorang ulama di Universiti Al-Azhar, Mesir.[3] Beliau memperoleh ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan awam dari Universiti Ain Syams di Kaherah pada 1981.[3]
Rujukan
Rencana berkenaan Palestin ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
- l
- b
- s