Presidensi Umum Penyelidikan Islam dan Kefatwaan

Politik Arab Saudi
Liga Arab Negara Anggota Liga Arab
Institusi Beraja
  • Keluarga Diraja Saud
  • Raja
    • Putera Mohammad bin Salman Al Saud
  • Majlis Kesetiaan
Undang-undang & Kehakiman

  • Sistem
  • Al-Quran
  • Hak asasi manusia
  • Hukuman bunuh
  • 2005
  • 2011
  • 2015
Bahagian pentadbiran
Hubungan luar negeri
  • Kedutaan dan perwakilan Arab Saudi
  • Misi diplomatik Arab Saudi
  • Kedutaan dan perwakilan ke Arab Saudi
  • Misi diplomatik di Arab Saudi

  • Undang-undang kerakyatan
  • Pasport
  • Keperluan visa
  • Dasar visa
Ikon portal Portal Arab Saudi
  • l
  • b
  • s


Presidensi Umum Penyelidikan Islam dan Kefatwaan (Arab: الرئاسة العامة للبحوث العلمية و الإفتاء, rumi: al-Riʾāsatu al-ʿAmmatu lil-Buḥūṯ al-ʿIlmiyya wal-Iftāʾcode: ar is deprecated ; sebelum ini dikenali sebagai Jawatankuasa Tetap Penyelidikan Islam dan Kefatwaan, Arab: اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء, rumi: al-Lajnah al-Daʿimah lil-Buḥūṯ al-ʿIlmiyya wal-Iftāʾcode: ar is deprecated ) merupakan agensi berkaitan agama Islam di Arab Saudi yang ditubuhkan oleh Raja bagi membincangkan hal-hal berkaitan perundangan Islam (fiqah) dan menyediakan kertas kajian kepada Majlis Ulama Kanan yang akan menasihati Raja dalam hal ehwal agama Islam. Keanggotaannya diambil dari Majlis Ulama Kanan - yang mana presidensi umum ini merupakan salah satu jawatankuasa di dalam majlis tersebut - dan mempunyai sebilangan ulama Sunni yang pakar dalam ilmu fiqah di Arab Saudi. Ketua bagi presidensi umum ini ialah Mufti Besar Arab Saudi.

Penetapan hukum atau fatwa di Arab Saudi hanya dihadkan kepada anggota Majlis Ulama Kanan dan beberapa ulama yang lain sahaja[1]

Penubuhan

Jawatankuasa ini ditubuhkan oleh Majlis Ulama Kanan menerusi pemasyhuran diraja pada 29 Ogos 1971 bersamaan 8 Rejab 1391 Hijriah oleh Raja Arab Saudi, Raja Faisal ibn Abdulaziz Al Saud.[2] Di bawah bahagian 4 dalam pemasyhuran ini, dinyatakan bahawa,

“Jawatankuasa Tetap ditugaskan memilih anggotanya daripada kalangan anggota Majlis (Ulama Kanan) mengikut titah diraja. Ia mempunyai matlamat untuk menyediakan kertas-kertas penyelidikan untuk dibincangkan di peringkat Majlis (Ulama Kanan) dan mengeluarkan fatwa-fatwa bagi isu-isu tertentu. Ini sebagai maklum balas kepada mereka yang mencari fatwa berkaitan akidah, ibadah dan isu masyarakat. Ia akan dinamakan sebagai: Jawatankuasa Tetap bagi Penyeldidikan Islam dan Kefatwaan (al-Lajnah ad-Daa'imah lil-Buhooth al-'Ilmiyyah wal-Iftaa.)”

Seseorang dibenarkan menulis kepada jawatankuasa tetap ini bagi bertanyakan tentang fatwa mengenai topik tertentu. Sejak penubuhannya, jawatankuasa tetap ini membalas pelbagai pertanyaan fiqah termasuk hadis, ibadah dan akidah bukan sahaja daripada orang Islam di Arab Saudi, tetapi dari negara-negara lain juga.

Jawatankuasa ini berusaha meneliti setiap fatwa mereka. Semua fatwa diambil dari tiga sumber utama ilmu Islam iaitu al-Quran, Sunnah yang sahih dan kefahaman daripada para Sahabat Nabi. Kebiasaannya, penulis-penulis fatwa akan menerangkan seluruh sudut pandang Islam mengenai isu tersebut, kemudiannya akan menerangkan pandangan mereka berdasarkan kajian dan bukti-bukti. Jawatankuasa ini telah menyusun fatwa-fatwa mereka membentuk sebuah siri ringkasan yang mempunyai 32 jilid.[2]

Keanggotaan

Anggota semasa

  • Ketua : Syeikh Abdulaziz bin Abdullah Al al-Syeikh, Mufti Besar Arab Saudi
  • Anggota :
    • Syeikh Dr. Salih bin Fauzan al-Fauzan
    • Syeikh Dr. Abdul Karim bin Abdullah al-Khudair
    • Syeikh Muhammad bin Hassan Al al-Syeikh
    • Syeikh Dr. Saad bin Nasir a
    • Syeikh Dr Abdul Salam bin Abdullah Al-Sulaiman

Bekas anggota

  • Syeikh Abdul Razak bin Afifi bin Atiyyah
  • Syeikh Abdullah bin Hasan bin Muhammad al-Qa'ud
  • Syeikh Bakar bin Abdullah Abu Zayd
  • Syeikh Abdullah bin Abdul Rahman bin Jibrin

Rujukan

  1. ^ Carnegie Endowment: "Saudi Fatwa Restrictions and the State-Clerical Relationship" by Christopher Boucek October 27, 2010
  2. ^ a b Islamopedia: "Standing Committee for Scholarly Research and Issuing Fatwas, (Saudi Arabia)" retrieved from archive.org March 13, 2014

Lihat juga