Saat Kau Takluk Cinta Ini

  • Drama
  • Cinta
  • Konflik
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Saat Kau Takluk Cinta Ini karya Sara HezraDitulis olehEja LorenaPengarahZamri Zakaria
Dibintangi oleh
  • Idris Khan
  • Intan Najuwa
Lagu pembukaanTakluk Cinta nyanyian Hafiz SuipLagu penutupTakdir nyanyian Aliff IskandarNegara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod15PenerbitanPenerbit eksekutifFarid Khaleeque
Ustaz Al-Fadzil Hidzir
Idzuan Dato' SulaimanPenerbitJaja IshakPenyuntingHaikal FadzilSinematografi
  • Pali Yasir
  • Muhammad Syifarulnizam
  • Wan Ahmad Amirul Asyrah
  • Muhammad Danish Haziq
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Kembara Sufi Sdn BhdPenyiaranSaluran asalTV3 (Slot Samarinda)
iQiyi (ulangan)Format gambar
  • 480i (SDTV)
  • 1080i (HDTV)
Format audioDolby DigitalSiaran asal20 Disember 2021 – 12 Januari 2022KronologiMengikutiCukup Derita ItuDiikuti olehKau Cipta Kasih

Saat Kau Takluk Cinta Ini ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 dibintangi oleh Idris Khan dan Intan Najuwa. Siri ini memulakan tayangan di Slot Samarinda, TV3 bermula 20 Disember 2021 menggantikan Cukup Derita Itu. [1]

Drama ini juga boleh ditonton melalui aplikasi penstriman hiburan, iQiyi.

Sinopsis

Mengisahkan Haira Melissa telah dibuang keluarganya apabila dituduh merampas tunang kepada adik tirinya. Dia membawa diri ke sebuah kampung mencari kawannya tapi dia telah sesat dalam keadaan hujan yang lebat. Haira berteduh di sebuah pondok dalam kebun pisang. Dari situ, bermulalah pertemuan Haira dengan Rahhal.

Rahhal seorang pemuda kampung yang berpelajaran tinggi berkelulusan luar negara. Rahhal telah mendapat tawaran kerja yang bagus di ibu negara, tetapi dia mengorbankan cita-citanya apabila ibunya, Hajah Damiah telah diserang strok. Rahhal membuat keputusan untuk menjaga ibunya dan menguruskan tanah kebun pisang dan kolam ikan milik keluarganya itu.

Rahhal dan ibunya, Hajah Damiah telah dihalau keluar dari rumah pusaka arwah Tok Wan Damit oleh Mak Long Nisah dan anaknya Fakhril yang sangat berdendam dengan Rahhal sejak dari kecil. Fakhril mempunyai niatnya tersendiri untuk menjatuhkan Rahhal. Haira tersentuh dengan keikhlasan Rahhal yang sering mengambil berat tentangnya.

Apabila Rahhal melamarnya, Haira menerima tetapi dia sebenarnya mempunyai sebuah rahsia yang disimpan rapi. Adakah ia akan mengancam mahligai cinta yang dibina oleh Rahhal dan Haira?

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Siaran

TV3: Slot Samarinda, Isnin–Khamis, 10:00 malam
Sebelumnya Saat Kau Takluk Cinta Ini Berikutnya
Cukup Derita Itu Kau Cipta Kasih

Drama ini juga disiarkan pada 8 pagi 26 Ogos 2023 – 9 September 2023 pada di Slot Cempaka TV3

Rujukan

  1. ^ Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini. MyInfoTaip. Dicapai 15 Disember 2021.


  • l
  • b
  • s
Siri drama TV3
1980-an
1990-an
2000-an
2010-an
2020-an
1Slot yang ditamatkan.