The Fabulous Cats

The Fabulous Cats
TFC pada tahun 2013
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
TFC
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
GenrePop, Hip-hop, R&B
Tahun aktif2006–2015
Syarikat rakaman
Cat Presents Productions, Alibi Music
Bekas ahliCat Farish
Zizi
Afif
DJ Krates
DJ Sumo
Ellie
Alyah
Farhana
Wangi
Adeep

The Fabulous Cats (TFC) ialah sebuah kumpulan hip hop Malaysia yang diasaskan pada 2006 oleh bekas anggota kumpulan Ruffedge, Cat Farish. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu berentak hip hop. Kumpulan ini turut berdepan dengan pertukaran ahli sebanyak beberapa kali sepanjang sedekad berkecimpung dalam arena muzik tempatan.[1]

Sejarah

The Fabulous Cats diwujudkan sebagai sebuah projek solo Cat Farish selepas meninggalkan Ruffedge pada April 2006. Kumpulan ini melancarkan single sulung mereka berjudul "Gila-Gila Bola" yang menjadi lagu tema Piala Dunia FIFA 2006. Pada tahun 2011, seorang ahli kumpulan The Fabulous Cats (TFC), Adeep atau nama sebenarnya Abdul Mutalib Nahar mengundurkan diri untuk keluar daripada kumpulan tersebut dan bersara sebagai seorang penyanyi selepas membuat keputusan untuk terlibat dengan aktiviti dakwah.[2]

Ahli kumpulan

Berikut ialah senarai ahli kumpulan TFC.

  • Farrish Zaquan bin Ramli (Cat Farish; vokal dan rap) (2006–2015)
  • Abdul Mutalib bin Nahar (Adeep; vokal) (2006–2011)
  • Luqman Nurhakim Sulaiman (DJ Sumo; turntable) (2006–2009)
  • Shenthy Feliziana Sudirman (Ellie; vokal) (2006–2007)
  • Noor Hasliah Abu Hasan (Alyah; vokal) (2007)
  • Pedd Farhana; vokal (2007-2009)
  • Wangi Julianda Indra Meida (Wangi; vokal) (2009–2011)
  • Nur Fazelah Tahir (Zizi; vokal) (2009–2015)
  • Afif (vokal) (2013–2015)

Diskografi

Album

  • Fantastik (2007)
  • Hyperkosmik (2008)
  • Fabulousity (2013)

Single

  1. "Gila-Gila Bola" (2006; single khas untuk Piala Dunia FIFA 2006)
  2. "Sebulatnya" (2013)

Rujukan

  1. ^ The Fabulous Cats: Rombak ahli kumpulan Harian Metro. Dicapai pada 25 Julai 2013.
  2. ^ Adeep Keluar Fabulous Cats Untuk Berdakwah Diarkibkan 2018-09-02 di Wayback Machine mStar Online. Diperoleh pada 25 Ogos 2011.

Pautan luar

  • The Fabulous Cats Kembali Segar Dengan Anggota Baru
  • The Fabulous Cats Bangkit Dengan ‘Sebulatnya'
  • The Fabulous Cats kembali dengan Sebulatnya
  • l
  • b
  • s
The Fabulous Cats
  • Abdul Mutalib Nahar (Adeep)
  • Luqman Nurhakim Sulaiman (DJ Sumo)
  • Shenthy Feliziana Sudirman (Ellie)
  • Nor Hasliah Abu Hasan (Alyah)
  • Siti Rafidah Razali (Farhana)
  • Yosi Hertiana (Ochi)
  • Wangi Julianda Indra Meida (Wangi)
  • Nur Fazelah Tahir (Zizi)
Album studio
  • Fantastik
  • Hyperkosmik
  • Fabulousity
Single
Fantastik
  • "Papa Jahat"
  • "Rimas"
Hyperkosmik
  • "Ola Ole"
  • "Bawaku Terbang"
  • "Slot Akasia"
  • "Lari"
Fabulousity
  • "Cinta Kosmik"
  • "Pergilah Ayu"
  • "Muncul Kamu"
Filem