Wang Zhiyi (lahir 29 April 2000) ialah seorang pemain badminton profesional China. Zhiyi memulakan kerjaya di dalam sukan tersebut di Sekolah Sukan Jingzhou. Pada 2009, beliau berlatih di pusat latihan provinsi Hubei dan dipilih untuk menyertai pasukan pada 2013. Pada tahun 2016, Zhiyi menyertai pasukan kebangsaan. Beliau mewakili negaranya di Sukan Olimpik Remaja Musim Panas 2018 di Buenos Aires, Argentina dan memperoleh pingat perak dalam perseorangan wanita.[1] Wang Zhiyi juga memenangi gelaran perseorangan wanita di Kejohanan Badminton Asia 2022.[2]
Pencapaian
Kejohanan Asia
- Perseorangan wanita
Tahun | Tempat | Lawan | Markah | Keputusan |
2022 | Kompleks Sukan Muntinlupa, Metro Manila, Filipina | Akane Yamaguchi | 15–21, 21–13, 21–19 | Emas |
Sukan Olimpik Remaja
- Perseorangan wanita
Kejohanan Remaja Dunia
- Perseorangan wanita
Tahun | Tempat | Lawan | Markah | Keputusan |
2018 | Pusat Pan-Amerika Markham, Markham, Kanada | Goh Jin Wei | 9–21, 13–21 | Gangsa |
Kejohanan Remaja Asia
- Perseorangan wanita
Tahun | Tempat | Lawan | Markah | Keputusan |
2018 | Pusat Latihan Dewan Sukan Jaya Raya, Jakarta, Indonesia | Zhou Meng | 21–19, 21–8 | Emas |
Rujukan
- ^ "王祉怡:永不"祉"步 "怡"于拼搏 "王"者归来" (dalam bahasa Cina). Universiti Normal China Tengah. 24 Oktober 2018. Dicapai pada 19 November 2018.
- ^ Malanum, Jean (3 Mei 2022). "Wang stuns top seed Yamaguchi, rules Asia Championships" (dalam bahasa Inggeris). The Manila Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mei 2022. Dicapai pada 3 Mei 2022.
Pautan luar
- Wang Zhiyi di BWF.tournamentsoftware.com
Portal:- Biografi
- Sukan