Zul Helmy

Zul Helmy
Kelahiran
Mohamad Zul Helmi bin Abdullah

(1994-06-08) 8 Jun 1994 (umur 30)
Kulim, Kedah, Malaysia
Nama lainZul Helmy, Mzul Helmyy
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2016–kini

Mohamad Zul Helmi Abdullah (lahir 8 Jun 1994) ialah seorang pelakon dan model Malaysia, berasal dari Kulim, Kedah.[1]

Kerjayanya bermula di bawah produksi Osman Ali. Seterusnya, mengorak langkah sebagai pelakon dibawah arahan Michael Ang. Beliau merupakan anak sulung dari 4 adik beradik dimana semuanya lelaki.

Bermula daripada watak kecil, beliau kini lebih dikenali melalui watak sebagai Hairuddin dalam drama arahan Michael, Setelah Terlafaznya Akad dan Abang Chaq dalam drama arahan Osman, Isteri Bukan Untuk Disewa yang keduanya merupakan drama adaptasi novel. Beliau berketinggian 178 cm ini merupakan graduan Diploma Kejuruteraan Perisian ( Sofware Engineering ) dari Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing. Datuk Farid Kamil, Zul Huzaimy dan Zamarul Hisham ialah inspirasi beliau untuk menceburi bidang lakonan.

Anugerah

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Artis Baharu Lelaki Popular Tercalon

Rujukan

  1. ^ https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian-malaysia/20181231/282437055246126

Pautan luar

  • Mzulhelmy di Instagram
  • Mzulhelmy di Twitter